• Home
  • About
  • Motherhood
    • Umar
    • Aesha Humayra
    • Emran Hariz
  • Review
    • Technology
    • General
  • Recipe
facebook twitter instagram Email

Ilham Liyana

Assalamualaikum semua..

Hari tu ada la terbaca satu artikel ni, ada baby meninggal disebabkan ibu dia menyusu waktu malam tapi tertidur waktu menyusukan baby tu. Ya Allah sedihnya, bayi tu baru umur 3 hari tau. So rasa tertarik untuk tulis beberapa cara yang saya buat waktu saya menyusukan baby waktu malam. Untuk sesiapa yang tak tahu lagi, saya ialah ibu kepada 3 orang anak dan semuanya saya bersalin secara pembedahan atau caesarian/czer. 

Cabaran untuk ibu bersalin secara pembedahan ni ialah untuk tahan sakit sewaktu menyusukan. Kalau pangku baby atas perut untuk menyusu pun sakit, kalau menyusu waktu malam pun kena cara yang betul untuk tak bagi sakit. Cara yang paling orang suka untuk menyusu waktu malam mesti la secara berbaring. Walaupun sebenarnya berbaring ni tak lah disarankan sangat sebab boleh membahayakan baby kalau tak dibuat dengan betul. Tapi, kalau kita dibedah, kita tahu la betapa sakit nya ko nak duduk bangun pangku baby untuk menyusu waktu malam tu. Bukan sekali dua bangun tau. Baby bangun berkali-kali okay. Huhu.


1. Selarikan hidung baby dengan breast ibu.

Okay ni tips pertama. Untuk menyusu baby waktu malam, saya akan baring mengiring, contoh mengiring ke kanan, dan breast kanan akan menyusukan baby. Make sure hidung baby tu selari dengan breast kita, jangan kepala dia dongak ke apa. Untuk pastikan baby boleh bernafas dengan elok dan boleh telan susu tanpa tercekik. Ni logik saya la. Haha. So hidung kena selari dengan breast. 

2. Sentiasa dalam keadaan sedar semasa menyusukan bayi anda.

Ni paling penting! Jangan sesekali tertidur waktu menyusukan baby kita. Apa yang saya buat, saya akan pegang phone dan scroll social media waktu menyusukan baby. Ni bantu untuk saya tak mengantuk waktu bagi baby susu. Ala baby susu kejap je tak lama pun, jadi ibu-ibu kena pastikan baby habis menyusu baru kita tidur semula okay?

3. Sendawakan baby selepas baby menyusu.

Okay next step ialah kena make sure kita sendawakan baby/burp kan baby selepas dia habis menyusu. Ini untuk make sure baby tu tak termuntah/terjeluak semula susu yang baru diminum tadi. Kalau dah tunggu dalam 5 minit dia tak burp jugak, takpela at least kita dah berusaha. Tapi saya akan make sure baby tidur mengiring. Letak bantal kecik dekat belakang baby untuk bagi dia mengiring. Kalau baby terjeluak susu, susu tu tak tertelan semula dan boleh menyebabkan baby tersedak ke apa kalau kita letak baby dalam keadaan mengiring. 

4. Ampu breast ketika menyusukan.

Ni pulak tips dari mama saya. Dia ajar untuk sentiasa ampu breast untuk make sure baby boleh latch elok dekat bahagian areola breast kita. Step ini juga penting sebab hidung baby takkan tertutup dengan breast kita tu dan boleh menyebabkan kesukaran bernafas. Tu yang jadi kes meninggal tiba-tiba tu. Sebab baby tak boleh bernafas. Jadi sebelah tangan ampu breast, sebelah lagi pegang phone untuk make sure you awake! Haaa multitasking kan jadi mak mak ni. Haha.

5. Sentiasa tukar breast kiri dan kanan semasa menyusu.

Walaupun berbaring, saya akan tukar kedudukan baby kadang ke kiri kadang ke kanan setiap kali satu sesi penyusuan. Sebab, kalau breast sebelah tak pakai, dia akan bengkak. Bila bengkak, nanti bila baby minum tiba-tiba, baby susah nak catch up susu yang keluar tu laju sangat. Jadi, bila alternate tukar macam ni, susu yang dihasilkan tu ngam-ngam je tiap kali baby minum each session waktu malam tu. Tak jadi la kes tersedak susu. InsyaAllah.

So itu lah yang saya akan buat setiap kali saya bersalinkan baby secara caesarian/pembedahan. Sebab kalau setiap kali tu nak pangku baby untuk susukan woih penat gilorrr. Mau pagi tu mata ko panda asyik duduk bangun tidur duduk bangun tidur. Silap-silap bukan panda lagi dah, ko mutate jadi zombie terus. HAHAH okay gurau. 

Dah ah tu jela nak share dengan korang. Yang mana rasa baik untuk diterapkan tu, ambik la ye. Yang mana rasa macam tak kena dengan jiwa tu ko tinggal. Hahah. 

Okay bye!

Share
Tweet
Pin
No comments
Newer Posts
Older Posts

About Me

About Me

Just a normal Pharmacist, a garang Wife and Ummi. I write to express, not to impress.

Follow Me On

  • instagram
  • facebook
  • youtube

Follow My Blog

Blog Archive

  • ▼  2022 (4)
    • ►  May 2022 (2)
    • ►  March 2022 (1)
    • ▼  February 2022 (1)
      • Cara menyusukan bayi waktu malam untuk ibu bersali...
  • ►  2021 (10)
    • ►  August 2021 (4)
    • ►  July 2021 (6)

Sneak Peek

recent posts

Categories

  • Aesha Humayra
  • Breast pump
  • Emran Hariz
  • Gadgets
  • General
  • Haenim Nexusfit 7V
  • Homeschool
  • Medela Freestyle
  • Motherhood
  • Oppo Watch
  • PDPR
  • Resipi
  • Review
  • Smart Watch
  • Technology
  • Umar

Sponsor your brand here

Created with by ThemeXpose