• Home
  • About
  • Motherhood
    • Umar
    • Aesha Humayra
    • Emran Hariz
  • Review
    • Technology
    • General
  • Recipe
facebook twitter instagram Email

Ilham Liyana

Assalamualaikum semua! Sesi review bermula!

Hari ni excited sebab tajuk tu ialah tajuk HOT! Haha. Kenapa? Sebab setiap kali kita tunjuk tengah tengok movie memalam mesti ada orang akan dm sebab berminat nak tahu pakai projector jenis apa. So, dalam post ni daku akan merungkai rahasiaaaa sebenarrr. KAH! Padahal review bebodoh je cara i la ye korang. Cara orang biasa review benda. Bukan cara orang pro review. Kau terima lah seadanyaaa. 😂

So best sangat ke 4K laser projector ni?


Black or White edition?

Kami beli projector ni colour hitam tau. Dia ada colour hitam & putih. Cuma bezanya, hitam ni je version 4K. Kalau colour putih tu version full HD. Apa tu 4K? Dia punya pixel tu la, kualiti sesebuah video yang kita pasang tu. Kalau 4K means 8 million pixel counts, berbanding dgn full HD 1080p tu 2 million pixel counts je. So mana lagi clear? Mesti la 4K guys, obviously. 


Ultra Short Throw Projector

Maksudnya kita letak projector ni dekat je dengan dinding. Memang kedudukan dia bebetul depan dinding. Ultra short = dekat super duper mega yummehh. Over. Haha. Takyah nak letak gantung ke letak kaki dekat dia ke takyah. Buh je atas cabinet korang depan dinding, dia akan project dari situ. Fefeeling wayang orang lalu ada nampak bayang orang lalu tu korang tak akan rasa la benda tu. 😂 Sebab dia terus project depan tv. 
Project gambar besar up to 150 inch

Dari segi saiz pancaran gambar yang dia project tu, boleh up to 150 inci! Yang biasa kami pakai project depan dinding tu saiz 120 inci. Sebab dinding rumah sewa kami besar tu je. Kalau dinding rumah korang sebesar alam, sila lah project movie sebesar 150 inci. Pastu tutup lampu tengok midnight movie memang pehh sebijik dekat wayang weh. Pasni korang akan tanya camni “Wayang? Apetu? Aku tengok movie kat rumah je” Aicehhh terbelagak haaa punya padu pegi dia. 😂

Ambient Light Rejecting Screen

Projector ni sedap kalau pancarkan dekat skrin dia sendiri. Boleh je nak pasang tanpa skrin, macam kami buat sekarang, tapi better ada skrin lagi padu dia punya clear. Bila ada skrin ni, korang takyah tunggu malam & tutup lampu untuk tengok movie. Nak tengok siang-siang pun boleh. Gambar akan jadi clear macam kita tengok tv biasa. Skrin ni kami dah beli actually tapi tak leh pasang lagi sebab sekarang rumah sewa je. Dia kena pasang dekat tempat permanent. Kami beli siap-siap sebab nak pasang dekat rumah kami nanti. Rumah je tah bila siapnya asyik PKP. Kalau tak mesti dah siap bulan 6 haritu. Haih. 😌

Boleh connect dengan?

Lagi satu, projector ni kalau kita on dia, cepat je dia terus terbuka takyah nak tunggu warm up dulu ke apa. Laju la. Function lain, boleh sambung dengan android tv box, ps4, ps5, and nintendo switch. Jadi kalau sambung game ni semua dekat projector memang kau macam berperang betul besar-besar depan muka kau. 😂 Tapi kami tak pernah la lagi sambung setakat ni. Mau terkujat sis game sebesar alam.

Projector Speaker

Projector ni dia terus ada speaker dia sendiri tau dekat badan dia. Speaker hala dari depan ke penonton di belakang. Macam sound bar la. Sound dia sangat clear. Bukan macam projector biasa tu, projector duduk di belakang penonton, so sound pun dari belakang. Tak best la kalau macam ni.

Price?

Last sekali, berapa harga dia? Cakap banyak tak guna la kan kalau tak bagitau harga. Hahah.

Projector putih full HD version harganya dalam lingkungan RM4000-5000 plus. Kalau projector hitam version 4K ni harga dalam RM7099. Harga screen pulak, based on size, dalam RM2900-RM4800 plus. 

Sooo, kalau korang nak beli, memang kena make sure korang betul-betul minat & kena kumpul duit tapi kalau korang memang dah have-have, onz je beli terus haha. Macam kami ni memang kami kumpul duit tiap bulan share dua orang laki bini untuk beli projector, screen semua lah satu set sekaligus. 


Lepas dah beli, memang kaw-kaw tengok movie. I memang sejenis pentengok movie tegar. So best la bila ada projector macam ni. Tak yah sesusah nak gi wayang dah lagipun sejak ada anak-anak memang dah lama tak masuk wayang pun. Jadi kita bawak balik wayang la ke rumah. Lebih afdal bukan? Agitchuu. 😂 Worth it tak? Bagi saya memang worth every penny you spend. Seriously. 

Amacam? Tergoda tak? Jom la beli pasang dekat rumah. Tak menyesal punyaaa. 😋

Eh tiber i rasa Xiomi kena bayar i jadi ambassador dorang lah. Beria aku promote. KAH!

Ok bye!
Share
Tweet
Pin
2 comments

Assalamualaikum semua..

Semua mommies mesti struggle kan untuk bagi baby dapat fully breastfeed? Kritikal untuk dapatkan 6 bulan pertama tu fully breastfeed. Terutamanya bagi first time mother. Semua pun first time bagi dia. Termasuk lah i waktu dulu-dulu rasa noob sangat waktu pertama kali lahirkan anak. Tapi bila once u dah tahu cara, insyallah semua akan jadi smooth je lepas tu.


Basically, bagi i ni cara i untuk dapatkan supply yang cukup untuk baby. Waktu anak pertama, i start kumpul stok susu masuk minggu kedua lepas i bersalin. Awal gila ok! Sebab waktu tu nervous sangat takut tak cukup stok susu bila kita dah masuk kerja nanti. Padahal waktu tu i cuti bersalin 3 bulan. Sempat je kumpul stok sebenarnya. 😂 Cemas, biasa la dia ni. KAH!

Jadi, untuk first time mother, seeloknya u start pam tu awal untuk stimulate your breast hasilkan banyak susu. Sebab susu kita ni dihasilkan based on supply and demand. Kalau demand tinggi, supply pun kena tinggi. Jadi bila kita pam untuk kosongkan breast, otak akan hantar signal kepada breast kita untuk hasilkan lagi banyak susu. Lebih kurang macam tu lah ayat nak kasi faham. So lagi kerap kita bagi baby minum & pam, lagi banyak susu dihasilkan. Jangan pam waktu bengkak je! Itu sangat salah ok. Kalau macam i, i akan make sure gap i pam susu tak lebih dari 6 jam. Jadi at least 4 kali sehari i akan pam (ni waktu anak pertama ya). 😂

Kisah anak kedua pun lebih kurang sama, i start pam lepas 2 minggu i bersalin. Ni sebab i dapat cuti 2 bulan je walaupun czer ye, boss i tak kasi cuti 3 bulan. Jadi i gelabah takut tak sempat pam. End up stok susu tetap meriah alhamdulillah. Tapi anak kedua i tak minum susu frozen once dia dah 8 bulan. Dia reject weh. Si Mayra ni memang bijak ya haha. Makanya stok ebm frozen saaangat banyak, sampai i dapat anak susuan sorang, Syakeel nama dia. 🥰 


Waktu anak ketiga ni, sebab i dapat cuti bersalin 3 bulan, i pun ambil konsep watlek watpis. 😂 I start pam lambat tau, baby 2 bulan baru i start buat stok susu.  Itu pun pam sekali sehari je ok. Konon tak nak susu banyak sangat sampai buang-buang macam dulu la konon. Dulu memang i buang susu frozen i sebab tak pakai baby dah besar. Begitu yakin yaaa.

Sekali sekarang susu tak cukup weiii, Emran ni minum banyak gila bayangkan umur 3 bulan dia minum up to 4oz. Sekarang 5 bulan dia boleh hadap sekaligus 6.5oz! Super duper banyak haha. Makanya ummi pun pam susu kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Gitu lahhh kisah sedih sekarang. 

Jadi bagi i, memang tak ada consume apa-apa milkbooster. Sebab kalau jaga waktu pam memang akan produce banyak susu. Jangan pam waktu bengkak je. Tu memang takleh, bila bengkak, susu akan stop dihasilkan terus. Kena sentiasa kosongkan breast. 

Boleh la ikut tips i kasi tu bebetul korang, jangan buat main-main dengan pumping session. Sangat penting untuk produce susu dengan baik boleh la maintain stok ebm. Emran tak sampai 6 bulan lagi kami dah kena standby beli susu formula huhu. Pengajaran sangat. Haha.

Eh tapi kalau korang feed baby pakai susu formula pun tak ada masalah pun tau. Jenis susu tak menentukan korang good or bad mom pun. So chill je guys! Asalkan kita dah berusaha. Kan? 

Ok bye!
Share
Tweet
Pin
2 comments

Assalamualaikum semua..

Amaran: Entri ini sangat panjang. 


Baru nak abadikan pengalaman bersalin anak ketiga dalam blog ni. Sesaje la nak cerita sebab first time bersalin waktu tengah wabak pandemik Covid-19. I bersalin dekat hospital kerajaan which is Hospital Teluk Intan, Perak. 

My EDD patutnya pada 7/3/2021. Tapi disebabkan ada two previous scars (dua kali dah bersalin secara bedah) jadi untuk anak ketiga ni dah tak boleh bersalin secara normal. Tetap kena czer jugak. Takpe la itu memang i dah aware. Tapi bila u dah dua kali czer, bila bersalin yang ketiga mesti la kena serah diri bersalin pada 37 weeks ke atas, depends on doktor yang tengok kes u. Dalam kes i ni, kena serah diri on 38 weeks. 

So i buat PCR test on Friday, 19/2/2021, balik rumah dilarang pergi mana-mana sebab dah buat PCR test. Then admit wad on Sunday, 21/2/2021. Tarikh untuk bersalin, on the next day, 22/2/2021. Tarikh ni memang doktor pakar dah pilih siap-siap waktu TCA dekat HTI dorang ada scan baby semua & terus tentukan. 

Waktu dalam wad semua tu memang kita sensorang je ok. Suami atau waris langsung tak boleh melawat apatah lagi nak meneman walaupun kita duduk first class ward. Suami hanya boleh datang dan tinggal barang or makanan dekat guard jeh. Guard yang akan passkan barang tu dekat kita nanti dalam wad. 

Nak dijadikan cerita, malam sebelum esoknya nak masuk OT untuk elective czer tu, i dah tidur tau waktu tu tidur dalam first class ward la sebab staff gov kan. Dah tidur pukul 9 malam camtu. Sekali nurse datang untuk check BP, CTG semua kan so terjaga la dari tidur. Lepas tu pukul 10 malam nak la tidur balik. Sekali tak leh tidur weh dia jadi macam anxiety attack ke panic attack cemana tah berpeluh satu badan, tachycardia semua cukup dalam otak asyik fikir “eh cemane kalau esok tengah OP ada complication & aku mati?” Otak asyik fikir tu berulang-ulang tau. SCARY TAK?! 

Sampai tahap pergi tandas and basuh muka semua tau punya la berpeluh and tachy. Lepas tu baru teringat nak wassap Ajis. Terus wassap dia and bagitau jadi macam tu. Dia cakap terus mengucap la, istighfar, baca doa & tutup mata tidur terus tak yah fikir. Ya Allah waktu tu baru terfikir weh kenapa aku tak buat semua ni tadi? Langsung tak fikir tau! Weh dah macam bisikan syaitan ke apetah scary woi. Dah la duduk sensorang dalam cubicle tu. 

Lepas buat semua tu alhamdulillah boleh tidur nyenyak & bangun esok pagi tu pukul 6 pagi and bersedia untuk masuk OT, sebab dengar doktor anaes cakap i first turn untuk masuk OT esok. Pukul 7.30 pagi semua staffnurse and sister datang readykan kita untuk pakai baju OT semua. 

Sedikit tips untuk mommies yang akan bersalin waktu PKP ni.

Jadi pada 22/2/2021, 8.35 pagi, lahirnya Emran Hariz, seorang baby boy seberat 3.50kg secara Elective Lower Segment Caesarean Section (ELLSCS) dengan bantuan GA (bius penuh) sebab i ada L2 fractured with instruments. Jadi memang option dia hanya GA. Alhamdulillah no complications (minimal adhesion, minimal blood loss). No BTL done, diberi peluang oleh doktor Pakar yang buat OP i tu untuk mengandung buat kali ke-4 next time. Tapi itu cerita nanti la ye baru fikir nak ke tak nak yang ke-4 tuh. 😅

Emran lahir lepas OP tu tak nangis pulak sebab kesan bius GA kena dekat dia. So dia admit NICU, badan penuh wayar. Bila feeding (formula milk) tiber not tolerate pulak doktor cakap, dia muntah balik. On antibiotic Gentamicin & C. penicillin sebab ada aspirate. Pastu jaundice pun tinggi, on phototherapy. Arghh macam-macam lah kalau nak diceritakan. Duduk 3 hari jugak dalam NICU baru transfer ke wad 3D.

Sepanjang i dalam wad postnatal memang duduk sorang tanpa baby, setiap pagi pukul 6.30 i akan jalan kaki dengan PPK wad untuk ke NICU bagi susu yang i perah. Perah manually ok marmet je sebab tak bawa pam (tak expect baby akan duduk NICU, anak-anak sebelum ni tak pernah). Jalan pergi balik dalam keadaan kau lepas czer jauh pulak tu cuba bayangkan sakit dia macam mana. Setiap hari ok. Sebab nurse tak kasi naik wheelchair untuk elak darah beku. Yela lepas czer kan. So jalan la aku macam penguin sakit setiap hari nak tengok anak. Then habis 3 hari, i discharged keluar. Tinggal la baby Emran dekat NICU.

25/2/2021 Emran ditransfer ke dalam wad 3D. 26/5/2021 baru dapat bed untuk i pergi duduk dengan baby dekat wad 3D untuk teman dia complete antibiotic. So waktu ni pun kita sorang-sorang. Semua buat sorang-sorang. Pulun susukan baby untuk kasi kuning turun cepat, alhamdulillah Emran memang kuat menyusu dan kuning dia turun cepat. 28/2/2021 complete antibiotic & kuning turun elok, dapat discharged both baby & mommy. 🥱 Letih baca kan? 

Emran Hariz, 5 bulan

Habis cerita kisah panjang Emran Hariz. Memang pengalaman betul bersalin waktu Covid ni. Jadi untuk sesiapa nak bersalin tu bersedia lah mental & fizikal secukupnya kalau tengah PKP ni. Terima kasih untuk semua kakitangan HTI yang terlibat dalam kisah i ni. Makanan dalam wad dekat HTI sedap tau! Eh tibahh. Haha tapi betul eh memang sedap aku makan lalu betul. 😂

Dah la. Panjang sangat dah ni karangan. Haha bye!
Share
Tweet
Pin
4 comments

Assalamualaikum semua.. 

Zaman-zaman pandemik ni semua orang tak leh nak gi jenjalan, jadi post blog pun pasal review barang jelah si ilham liyana ni pun. Hahah. Yela PKP kan orang suka shopping. So iolls nak hasut korang shopping ni. Korang suka smart watch tak? Design ala-ala Apple Watch tapi versi murah sikit iaitu Oppo Watch! 


I beli Oppo Watch ni tahun lepas. Bagi i okay la sebab dulu pakai Apple Watch yang first generation tu. So far memang best la kan pakai Apple Watch. Tapi lepas tukar dari iphone ke handphone android, jadi Apple Watch tu dah macam jadi tukun pulak tak pakai-pakai. Last sekali jual dekat kawan murah lak tu jual rm200 jek hahah sebab dari jadi tukun kan baik jual je memurah. 

Lepas tu beli Huawei Band je. Tapi si ilham ni mana penah puas hati kalau benda tu tak comel. KAH. Jadi try la tanya Ajis (husband) pasal nak smart watch yang ala-ala Apple Watch baru la comel. Dia pun suggest la Oppo Watch ni. Terus onz aku beli dan dan tu jugak. Dasar! 😂


Ni basic features Oppo Watch, ada sleep tracker, connect dengan whatsapp or messages, track daily activities, boleh tukar banyak face watch,  monitor pulse rate, banyak lagi lah. Kalau nak tahu features yang lagi mendalam boleh google eh sebab sebenarnya i tak tahu la details apa semua tu hahah pakai untuk basic je. 

Yang i beli ni saiz 41mm elok la untuk perempuan pakai nampak comel je colour pink lak tuh favourite uolls. Kalau lelaki boleh pilih saiz 46mm. Harga dia murah je kalau dalam Lazada or Shopee ada RM899 tapi tadi i jumpa RM679 je ok. Banding dengan Apple Watch yang makan riban tu baik la pilih ni je. Boleh connect both iOS and android tau. Jadi kalau korang tukar phone ke apa tak yah risau nak kena tukar smart watch sekali. Teehee!

Jadi, jomla kita matching pakai jam ni sesama. Ngehngeh bye!
Share
Tweet
Pin
4 comments

Assalamualaikum..

Sekarang ni semua orang macam tertarik dengan Haenim Nexusfit 7V double breast pump. Sebab mostly influencer akan buat review pasal pam ni. Salah seorang yang terpengaruh dengan pam tersebut harus la iolls.

Ceritanya asalnya macam ni, sebelum ni saya pakai pam jenis Medela Freestyle double breast pump tu. Dah lama pakai tau sama umur dengan anak yang sulung tu 7 tahun dah umur pam tu. Jadi saya pakai la waktu pantang anak saya yang ketiga, elok je dia berfungsi lagi. 

Sekali bila masuk kerja first day, pam tu suction loss pastu bateri dia macam jadi kong ke cemane tah weh kita dah la tengah bengkak susu. Naya pak karim sungguh! Tak pasal aku kena adjust sebelah-sebelah je pam. Hampeh. So kita ni nekad la bagitau laki nak pam baru tak tahan dah dengan pam yang lama! Tudia punya emo kata ko. 😂 Maka, terbeli lah breast pump Haenim Nexusfit 7V ni. 

Setelah dua bulan pakai breast pump Haenim ni, saya rasa saya agak suka berbanding dengan pam Medela Freestyle dulu. Sebab Medela saya tu dulu yang first generation. Bunyi kuat sangat. Tapi suction dia sebenarnya okay cuma saya je tak servis dia. 😅


Haenim Nexusfit 7V breast pump 

PRO:

1. Bunyi tak bising. 

Kalau letak atas permukaan yang lembut lagi la bunyi tak bising. Hampir tak dengar la bunyi dia. Tapi kalau letak atas permukaan keras macam meja tu haa memang ada la bunyi sikit tapi compared to Medela Freestyle saya yang lama tu haa macam langit dengan bunyi beza bunyi dia. Medela tu dah macam ko tengah buat annoucement WEI AKU TENGAH PAM NI. Gituh over. 

2. Patented Silicone Breast Shield. 

Dia ada benda ni yang macam lekuk dekat corong dia jadi benda ni boleh elakkan ruang udara antara breast kita dengan shield tu. Jadi, susu akan keluar lagi senang la sebab rapat elok lekapan dia. Bila susu keluar senang, breast kosong, akan increase la production susu kita kan sebab dia pam keluar elok. Kalau Medela tu corong dia plastik keras je, tak best la part ni.

3. Lampu LED untuk Midnight pumping. 

Kalau tengah malam ada mommies yang akan buat power pumping la bagai kan (kalau rajin la, saya tak pernah) 😂 Jadi bila ada features lampu LED ni bantu untuk nampak la memalam tu takde la ko pam dalam gelap sebab ko takut anak ko bangun. Haaa camtuh. Bagi saya benda ni hanya aesthetic features jela untuk nampak pam ni lagi menarik dari pam lain.

4. 30 minit Auto Off. 

Pam Haenim ni dah siap set bila kita dah pam cukup masa 30 minit, dia akan off sendiri. Saya suka features ni sebab kadang tengah pam kita suka main phone kan jadi kadang tak sedar berapa minit dah pam. Jadi bila dia auto off macam ni bagus la. Yelah ko kan sibuk. KAH.

5. 15 pumping levels & 5 speed cycles.

Haenim Nexusfit 7V ni ada sangat banyak pumping level ok. Kalau ada mommies sejenis kental boleh la pakai level 15 tu. Gila ko japgi dia tarik haha. Pastu features yang lain dari pam Medela saya dulu, dia ada speed cycle. Speed cycle ni macam kelajuan dia tarik dalam setiap cycle kita pam tu. Kesimpulan dia, pumping level tu macam kekuatan tarikkan, speed cycle tu kelajuan tarikkan. Haa ikut pemahaman saya la. 


CONS:

1. Tubing tanpa closed connector

Tubing Haenim ni kena pasang sendiri dekat motor dia. Hujung dia tak ada connector macam Medela. Lagi best tubing Medela la bagi saya sebab sekali pasang waktu pakai tu tak akan tercabut dah dia secure dekat motor tu. Pastu macam mudah masuk habuk ke air ke camtu la kalau tubing yang open macam Haenim ni.

2. Valve ketat bila nak buka untuk cuci


Bagi saya valve Haenim ni kalau nak cabut agak ketat la, susah nak cabut kalau kita nak cuci. Jadi kena hati-hati waktu nak cabut. Jangan cabut pakai kuku sebab memang boleh terkoyak valve tu. Kalau Medela pulak dia jenis valve dah di attached sekali dengan silicone membrane dia. Jadi senang nak cuci keluarkan one piece je tak ketat pun. 

So, lastly bagi saya, saya puas hati dengan Haenim Nexusfit 7V double breast pump. Walaupun harga Haenim murah (RM800 plus) berbanding dengan Medela Freestyle (RM1.3k plus waktu saya beli), tapi Haenim tetap breast pump yang sedap dipakai. Highly recommended. 


Share
Tweet
Pin
No comments

Assalamualaikum.


Gambar ihsan instagram kerna saya malasss. 😂

Setelah bertahun saya tak menulis blog, akhirnya rasa nak menulis kembali. Jadi salam perkenalan untuk semua readers baru, dan juga readers lama (jika masih ada, HAHA). Yelah last post dulu tahun 2017 tak silap. Punya lama zaman baru lahirkan anak kedua. Sekarang ummi pun dah tua sibuk nak buat blog. 😂

So, untuk post yang pertama kali ni, saya nak update yang currently saya dah ada 3 orang anak. Bagi followers instagram mungkin dah sebati dengan nama anak-anak saya. Tapi saya recap balik dekat sini sebagai kenang-kenangan post baru dalam blog haha.

1. Umar bin Abdul Aziz

2. Aesha Humayra binti Abdul Aziz

3. Emran Hariz bin Abdul Aziz

Alhamdulillah, masih belum berhasrat untuk mempunyai yang ke-empat. 😆

Sekarang masih bekerja sebagai full time pharmacist di sebuah hospital kerajaan. Sudah 8 tahun berkhidmat alhamdulillah masih berdiri teguh walaupun kadang tu biasa la stress di tempat kerja. Tsk.

Tak sangka sekarang zaman pandemik Covid-19 melanda. Negara terpaksa PKP, PKPD, PKPP, PKPKPKlasendiri tak habis-habis. Sebagai salah seorang staff KKM, saya amat berharap wabak ni cepat la habis supaya semua orang boleh jalani kehidupan macam biasa semula. Eh pening la lama sangat tak pergi mall. Semak kepala weh rasa otak tak berkembang. KAH.

Jadi, untuk post yang pertama ini, saya rasa sudah-sudah la tu taip banyak gini. Saya berangkat dulu. Jumpa di next posting (yang aku pun tak tahu bila HAHA)


Bye!



Share
Tweet
Pin
No comments
Newer Posts

About Me

About Me

Just a normal Pharmacist, a garang Wife and Ummi. I write to express, not to impress.

Follow Me On

  • instagram
  • facebook
  • youtube

Follow My Blog

Blog Archive

  • ►  2022 (4)
    • ►  May 2022 (2)
    • ►  March 2022 (1)
    • ►  February 2022 (1)
  • ▼  2021 (10)
    • ►  August 2021 (4)
    • ▼  July 2021 (6)
      • Xiaomi Mijia 4K Ultra Short Throw Laser Projector....
      • Tips untuk banyakkan susu. Perlu ke milkbooster?
      • Pengalaman bersalin secara caesarean di HTI semasa...
      • My pink Oppo Watch
      • Review Haenim Nexusfit 7V breast pump. Best sangat...
      • Ilham Liyana kembali berblogging?

Sneak Peek

recent posts

Categories

  • Aesha Humayra
  • Breast pump
  • Emran Hariz
  • Gadgets
  • General
  • Haenim Nexusfit 7V
  • Homeschool
  • Medela Freestyle
  • Motherhood
  • Oppo Watch
  • PDPR
  • Resipi
  • Review
  • Smart Watch
  • Technology
  • Umar

Sponsor your brand here

Created with by ThemeXpose