Assalamualaikum semua.
Aqiqah dibuat di Mekah.
Alhamdulillah syukur, apa yang perlu dibuat dah dilaksanakan oleh suamiku. Ibadah aqiqah Emran Hariz diadakan pada 3 Ogos 2021. Waktu Emran berumur 5 bulan lebih. Kalau waktu zaman Abang dan Kakak dia dulu semua urusan aqiqah dibuat di Langkawi. Yela waktu tu mana ada lagi Covid-19 semua ni kan. Semua urusan mama dengan abah i yang tolong uruskan. Kita tinggal nak serahkan duit aqiqah tu je.
Lain dengan zaman Emran ni. Semua kena online sebab tak boleh berkenduri bagai. Jadi kami ambil keputusan untuk uruskan secara online je. Kami buat dengan pihak Urus Aqiqah Qurban dot com. Boleh tekan link tu i dah linkkan siap-siap untuk korang. Pihak dorang ni memang trusted la.
Setiap urusan Aqiqah akan diberikan sijil.
Harga untuk seekor kambing ialah RM399 sahaja. Jadi, untuk anak lelaki, dua ekor kambing jadi la RM798 all in. Maksudnya diberikan bukti video dan gambar penyembelihan macam gambar atas tu. Video ada tapi i tak letak la sini takut diblock pulak nanti page ni 😅. Semua gambar ada bukti nama anak kita dan disebut ya dalam video tersebut. Lepas tu dorang bagi sijil pdf macam gambar atas ni lepas semua urusan selesai. Dorang buat agak cepat tau. Hari ni tempah, dalam malam tu atau esok pagi dorang dah sembelih. So sangat la recommended. Kalau korang ada tarikh special untuk buat aqiqah tu boleh request dengan team dorang jugak.
Tempat penyembelihan tu dorang buat dekat tanah haram. Daging sembelihan hasil dari aqiqah atau qurban tu dorang akan agihkan pada golongan yang memerlukan dekat area Mekah jugak. Alhamdulillah.
Sumber: urusaqiqahqurban.com
Jadi pada ibu bapa yang nak buat urusan aqiqah waktu pandemik ni, boleh la berurusan dengan team urusaqiqahqurban.com ni. Masuk je website yang i dah linkkan tu then boleh whatsapp dorang okay. Akad semua melalui whatsapp.
Lega satu bab.
Okay sekian. Jumpa di next post! Bye!



