Tips lunchbox atau mealbox comel untuk bekal anak ke sekolah
Assalamualaikum..
Sejak kebelakangan ni I actively buat lunchbox anak untuk bawa ke sekolah. Satu untuk Mayra satu untuk Umar. Memula start dengan si budak Mayra tu dulu. Al kisahnya dia yang request nak lunchbox tu untuk sarapan pagi dekat sekolah. Tadika ada je sediakan makanan sarapan. Tapi entah la mungkin tak berapa kena dengan selera Mayra. Jadi dia minta la ummi buat lunchbox untuk dia bawa ke sekolah.
Lunchbox Umar dan Mayra
Macam ni la I buatkan lunchbox tu. Tak la cantik sangat tapi cukup untuk buat budak kecik happy. Bagi dia dah cantik dah macam ni. Elok la untuk ummi dia yang bekerja ni untuk buat lunchbox macam ni tak la rasa terbeban sangat. Boleh buat lagi. Kalau yang tahap macam comel Jepun buat tu idok ler teman ada masa nak ngadap nya pepagi. Kena bangun pukul 4 pagi kot kalau nak buat bentuk nasi ada smiley semua tu. 😂
Tips bekal makanan comel anak untuk ibu bekerja:
- Beli bekal makanan atau lunchbox yang banyak parts. Maksudnya ada beberapa tempat untuk letak pelbagai makanan. Contoh paling senang jenama Smiggle. Lunchbox Smiggle comel. Ada juga beberapa jenama terkenal macam Omiebox, Sistema, Bentgo, dan ada juga jenama Tupperware. Tujuan nak pelbagai makanan ni tak lain tak bukan untuk naikkan semangat anak-anak kita makan. Bila anak tengok wow ada buah, ada biskut, ada coklat (treats). Dia akan tertarik untuk habiskan bekal makanan dia. Ni yang terjadi dekat Mayra la. Kalau Umar dia memang kuat makan. So dia tak kisah sangat comel ke tak comel ke tetap makan haha. Tapi tetap kurus! Zzz.
Boleh beli bekas makanan di sini:
- Letak aksesori yang comel dan berwarna-warni. Boleh beli silicone cup dan food picks atau dalam bahasa melayunya cawan silikon dan pencucuk makanan. Haha. Beli la berlainan jenis aksesori supaya anak tak bosan. Kalau beli ni memang menggila sebab semua comel belaka ok!
Boleh beli di sini:
- Pelbagaikan jenis makanan untuk anak-anak. Contohnya korang letak la satu menu utama macam nasi, maggi goreng, spageti, mee goreng, bihun goreng, kueyteow goreng, macaroni atau roti sebagai menu utama dalam ruang bekas yang paling besar. Kemudian yang ruang kecik-kecik tu boleh isi menu yang lain contohnya sayur, buah, biskut, lauk, waffle, dan coklat (dalam ruang paling kecik). Baru la seimbang diet anak korang.
- Beli air kotak, yogurt, atau jelly untuk extra fun dalam lunchbox anak korang. Kalau saya, selalunya kalau ada masa beli la. Tapi kalau tak beli pun Mayra dengan Umar ok ja sebab lunchbox dah cantik jadi tak perlu extra effort dah. Hahah.
- Isi lunchbox dalam lunchbag yang cantik dan sesuai bagi memudahkan anak-anak bawa ke sekolah. Kalau saya, memang akan pilih lunchbag yang dibawa secara melintang. Sebab tak nak bekal makanan dalam tu terkucar-kacir kat situ. Penat buat comel-comel tau. Hahah. Ada lunchbag yang jenis menegak, jadi ikut la pilihan masing-masing.
Beli lunchbag di sini:
So, itu la tips yang I boleh kongsikan untuk semua. Harap membantu untuk mommies yang nak buat bekal makanan comel cantik untuk anak masing-masing semangat ke sekolah.
Selamat mencuba!
Bye!



0 comments