Xiaomi Mijia 4K Ultra Short Throw Laser Projector. Worth it ke?
Assalamualaikum semua! Sesi review bermula!
Hari ni excited sebab tajuk tu ialah tajuk HOT! Haha. Kenapa? Sebab setiap kali kita tunjuk tengah tengok movie memalam mesti ada orang akan dm sebab berminat nak tahu pakai projector jenis apa. So, dalam post ni daku akan merungkai rahasiaaaa sebenarrr. KAH! Padahal review bebodoh je cara i la ye korang. Cara orang biasa review benda. Bukan cara orang pro review. Kau terima lah seadanyaaa. 😂
So best sangat ke 4K laser projector ni?
Black or White edition?
Kami beli projector ni colour hitam tau. Dia ada colour hitam & putih. Cuma bezanya, hitam ni je version 4K. Kalau colour putih tu version full HD. Apa tu 4K? Dia punya pixel tu la, kualiti sesebuah video yang kita pasang tu. Kalau 4K means 8 million pixel counts, berbanding dgn full HD 1080p tu 2 million pixel counts je. So mana lagi clear? Mesti la 4K guys, obviously.
Ultra Short Throw Projector
Maksudnya kita letak projector ni dekat je dengan dinding. Memang kedudukan dia bebetul depan dinding. Ultra short = dekat super duper mega yummehh. Over. Haha. Takyah nak letak gantung ke letak kaki dekat dia ke takyah. Buh je atas cabinet korang depan dinding, dia akan project dari situ. Fefeeling wayang orang lalu ada nampak bayang orang lalu tu korang tak akan rasa la benda tu. 😂 Sebab dia terus project depan tv.
Dari segi saiz pancaran gambar yang dia project tu, boleh up to 150 inci! Yang biasa kami pakai project depan dinding tu saiz 120 inci. Sebab dinding rumah sewa kami besar tu je. Kalau dinding rumah korang sebesar alam, sila lah project movie sebesar 150 inci. Pastu tutup lampu tengok midnight movie memang pehh sebijik dekat wayang weh. Pasni korang akan tanya camni “Wayang? Apetu? Aku tengok movie kat rumah je” Aicehhh terbelagak haaa punya padu pegi dia. 😂
Ambient Light Rejecting Screen
Projector ni sedap kalau pancarkan dekat skrin dia sendiri. Boleh je nak pasang tanpa skrin, macam kami buat sekarang, tapi better ada skrin lagi padu dia punya clear. Bila ada skrin ni, korang takyah tunggu malam & tutup lampu untuk tengok movie. Nak tengok siang-siang pun boleh. Gambar akan jadi clear macam kita tengok tv biasa. Skrin ni kami dah beli actually tapi tak leh pasang lagi sebab sekarang rumah sewa je. Dia kena pasang dekat tempat permanent. Kami beli siap-siap sebab nak pasang dekat rumah kami nanti. Rumah je tah bila siapnya asyik PKP. Kalau tak mesti dah siap bulan 6 haritu. Haih. 😌
Boleh connect dengan?
Lagi satu, projector ni kalau kita on dia, cepat je dia terus terbuka takyah nak tunggu warm up dulu ke apa. Laju la. Function lain, boleh sambung dengan android tv box, ps4, ps5, and nintendo switch. Jadi kalau sambung game ni semua dekat projector memang kau macam berperang betul besar-besar depan muka kau. 😂 Tapi kami tak pernah la lagi sambung setakat ni. Mau terkujat sis game sebesar alam.
Projector Speaker
Projector ni dia terus ada speaker dia sendiri tau dekat badan dia. Speaker hala dari depan ke penonton di belakang. Macam sound bar la. Sound dia sangat clear. Bukan macam projector biasa tu, projector duduk di belakang penonton, so sound pun dari belakang. Tak best la kalau macam ni.
Price?
Last sekali, berapa harga dia? Cakap banyak tak guna la kan kalau tak bagitau harga. Hahah.
Projector putih full HD version harganya dalam lingkungan RM4000-5000 plus. Kalau projector hitam version 4K ni harga dalam RM7099. Harga screen pulak, based on size, dalam RM2900-RM4800 plus.
Sooo, kalau korang nak beli, memang kena make sure korang betul-betul minat & kena kumpul duit tapi kalau korang memang dah have-have, onz je beli terus haha. Macam kami ni memang kami kumpul duit tiap bulan share dua orang laki bini untuk beli projector, screen semua lah satu set sekaligus.
Lepas dah beli, memang kaw-kaw tengok movie. I memang sejenis pentengok movie tegar. So best la bila ada projector macam ni. Tak yah sesusah nak gi wayang dah lagipun sejak ada anak-anak memang dah lama tak masuk wayang pun. Jadi kita bawak balik wayang la ke rumah. Lebih afdal bukan? Agitchuu. 😂 Worth it tak? Bagi saya memang worth every penny you spend. Seriously.
Amacam? Tergoda tak? Jom la beli pasang dekat rumah. Tak menyesal punyaaa. 😋
Eh tiber i rasa Xiomi kena bayar i jadi ambassador dorang lah. Beria aku promote. KAH!
Ok bye!


2 comments
Omg tak sangka mahal! *Jual buah pinggang satu* hahahha
ReplyDeleteYes sangat mahal! Ktorg kumpul duit rm1k sebulan ok utk beli ni haha. Gigih.
Delete