Mengajar anak di rumah. Buku apa yang sesuai?

by - August 01, 2021

Assalamualaikum semua.. 

I start ajar Umar (anak sulung) membaca waktu dia umur 4 tahun lebih tau. Waktu tu yang memulakan pengajaran bukan i, tapi babysitter. Babysitter i tu memang bagus gila ok dia sangat rajin. Dia yang start ajar Umar membaca, waktu tu dia ajar Umar baca bahasa melayu, sebab dia cakap Umar ni nampak berminat untuk belajar. So lepas tu i pun ambil inisiatif untuk sambung apa yang dia dah mulakan dekat rumah sendiri. I beli Modul e-Xra. Modul yang sama tadika Umar pakai. Waktu tu Umar belum masuk tadika. I daftarkan dia untuk masuk tadika umur 5 tahun. 

Ini i guna untuk ajar bahasa melayu.

Modul e-Xra ni bagus la dia memang ajar sikit-sikit ikut suku kata. Kita kena ajar anak untuk tidak mengeja. Terus sebut perkataan tu. Ikut phonics la kan. Jadi setiap modul dia upgrade la dari suku kata sikit ke suku kata makin panjang dan ada perenggan cerita yang makin panjang. Umar boleh dikatakan sangat cepat membaca. Sekali je kita ajar dia terus ingat. Sehari i ajar dia dua muka surat. Tak boleh banyak, budak cepat bosan.

Read Easy ni untuk ajar English

Untuk bahasa inggeris pulak i pakai Read Easy sebab ni pun digunakan dekat tadika Umar.  Tujuan i beli buku yang sama dengan tadika, sebab i tak nak Umar confuse pakai buku lain-lain utk ajar.  Jadi, bila dia tengok buku yang sama, baru dia confident untuk membaca. Tapi read easy ni i tak sempat ajar banyak pun. Sebab waktu tu i pulun ajar dia bahasa melayu dan Iqra. Bila i nak ajar English tiber dia dah pandai baca. Hahah i pun tak tahu macam mana dia pandai baca. 😂 Buku ni pun kena ajar pakai teknik Phonics.

Iqra Genius & Jawi Pintar for beginners.

I highly recommend both buku atas ni untuk ajar anak-anak dekat rumah uolls. Sebab content dekat dalam dia berwarna-warni dan sangat menarik, mudah untuk kita ajar anak. Sebab iqra dan jawi ni ada sesetengah budak tak minat kan jadi bila tak minat, susah nak masuk otak ilmunya. Jadi, bila ada buku Iqra Genius dan Jawi Pintar ni, memang sangat memudahkan. Kita nak ajar sendiri pun sangat mudah nak faham. 

Alhamdulillah, berkat kesabaran ajar anak dari umur 4 tahun, sampai la umur 6 tahun, Umar memang dah fasih baca Bahasa Melayu, English, Iqra & Jawi. Syukur dipermudahkan segalanya. Tambah pulak tiba-tiba Covid-19 melanda, jadi semuanya memang ajar di rumah la jawabnya. Mostly Umar boleh membaca semua ni memang bermula dari rumah. Tadika mungkin menyumbang sikit saja sebab tadika banyak aktiviti lain kan, jadi kadang tu tak sempat nak fokus bab membaca sangat. Kita as parents kena la ajar jugak dekat rumah. 

Al-Quran Amazing edisi Dato’ Rizalman ni ummi memang beli lebih satu untuk hadiahkan dekat Umar. 

Umar naik membaca Al-Quran waktu umur dia 6 tahun lebih. Memang awal. Sebab ummi dia kan kiasu. Hahah. I ajar Umar setiap hari satu helai. Ada je hari yang i tak ajar sebab kadang balik kerja penat i skip la ajar huhu. Sekarang bila ada baby Emran, lagi la ummi jarang ajar Umar. So yang sambung ajar dia, ialah anak kepada babysitter. Alhamdulillah lega ada orang sudi ajarkan. 

Bila Covid ni tak habis-habis, bermula la zaman PDPR anak dekat rumah. Semua parents mesti stress kena jadi cikgu untuk semua subjek dekat rumah. Ni baru seorang anak, kalau anak ramai? Allah, letih tu tak yah cakap la. Untuk parents bekerja macam i ni lagi lah, siang jadi pharmacist, malam jadi cikgu semua subjek. Matilanakkk. Memang ada hari yang i ambil konsep lantak lah. Sempat buat, tak sempat tinggal. Sorry la untuk subjek pendidikan seni, muzik, jasmani. Kadang PDPR yang diberi tu i tak buat sebab ummi memang malas. Yang logik dan mudah je ummi ajarkan.

Sini i tinggalkan link untuk beli buku-buku dekat atas tu eh kot la korang nak cari untuk anak korang. Boleh klik dekat nama setiap buku bawah tu dan terus beli je. Harga pun murah. Berbaloi beli untuk anak korang. Thanks me later!


Ok tu je. Jumpa lagi di next post! Bye!

You May Also Like

0 comments