Review Xiaomi Mi Air Purifier
Assalamualaikum semua.
Post kali ni nak kata review, tak la review sangat kot. Just nak cakap berbaloi tak beli air purifier dekat rumah. Tak kisah la jenama apa pun air purifier tu. Untuk rumah kami ni memang kami beli air purifier paling murah dan paling berbaloi la bagi kami. Tak nak la beli yang Coway punya air purifier tu sebab dah la bayar bulanan pastu bila kira balik memang kos akan jadi tinggi untuk sebuah air purifier. Takkan sebab kau tak nak pening kepala fikir untuk servis dan maintenance air purifier tu, kau nak ambil Coway punya. Bagi aku tak berbaloi la.
Kami decide untuk beli air purifier brand Xiaomi. Actually brand Xiaomi ni bagus korang tau tak. Apa-apa brand Xiaomi, kitorang memang suka haha. Sebab harga dia murah, mampu milik, dan kualiti barang dia pun not bad. Kami siap beli dua air purifier ni. Satu Mi Air Purifier Pro, untuk letak dekat ruang tamu bawah, which is kawasan yang lagi luas. Satu lagi pulak jenis Mi Air Purifier 3H untuk letak dekat tingkat atas rumah, which is ruang yang lagi kecil.
Macam gambar atas ni, boleh tengok kualiti udara dekat dalam rumah kita tu okay ke tak. Semua boleh tengok pakai handphone kita je. Best kan? Macam setting semua, pastu ada air quality tu kategori udara berkualiti, sihat ke merbahaya ke semua dia kategorikan dah siap-siap.
Gambar atas tu ialah kualiti udara dalam rumah i waktu jiran i bakar sampah luar rumah. Terus hazardous wei! Haha. Yang 336 tu air purifier Pro dekat bawah. Yang 229 tu air purifier 3H, kategori unhealthy, ni dekat tingkat atas. Memang berbunyi kuat la dia tapis udara tak elok dalam rumah waktu tu.
Kalau waktu kita masak dekat dapur pun, air purifier ni akan berbunyi kuat dan naik la level dia dalam 100 lebih macam tu sebab dia detect asap yang kita masak dekat dapur. Bagus la bagi i sebab i dah buka kitchen hood tau waktu masak tu, still dia detect jugak asap dan tapis udara dalam rumah kita.
Mi Home Apps
Kalau korang beli barang Xiaomi, tak kisah la barang apa je pun untuk rumah korang, boleh la download apps Xiaomi nama Mi Home. Macam atas ni screenshot dari apps Mi Home yang kami pakai. Tengok, ada CCTV Xiaomi la, Mi Air Purifier la sampai dua jenis, Roborock S5 Max pun ada. Haha kitorang memang pentegar brand Xiaomi. Kami memang penyokong barang rumah yang affordable dan berkualiti.
Untuk maintenance Mi Air Purifier ni senang je, just perlu tukar dia punya filter dekat dalam tu. Semua ada jual online je. Keluarkan, dan pasang yang baru. Filter dia pun murah, dalam RM90 ke RM100 lebih ikut jenis filter yang kita nak. Disarankan untuk tukar filter 6 bulan sekali, tapi kami tengok jugak kalau filter tu tak teruk mana kami tak tukar pun. Hehe.
Antara kelebihan ada air purifier dekat rumah korang:
1. Bagus untuk orang yang ada alergik dan asma.
2. Boleh tapis udara kotor dan berbau.
3. Bagus untuk rumah yang penghuninya merokok.
4. Bersihkan pengudaraan bagi orang tua, bayi, dan kanak-kanak.
5. Bagus untuk rumah yang ada bela pets.
6. Boleh tapis bakteria dan virus. Ini claimed by syarikat air purifier la, cuma keberkesanannya i tak tahu. Cuma tak salah kan kita ikhtiar. Musim virus covid ni semua pun rasa takut.
Harga Mi Air Purifier 3C dalam RM380 lebih. Kalau Mi Air Purifier 3H dalam RM500 lebih. Harga Mi Air Purifier Pro pulak dalam RM699 macam tu.
Kalau korang nak beli jugak, i share dia punya kedai siap-siap eh. Tahu korang tu malas. 😋 Haha klik link bawah ni tau terus masuk kedai shopee trusted. Thanks me later!
Okay jumpa di next post! Bye!


0 comments