Resipi puding karamel sedap dan mudah

by - August 04, 2021

Assalamualaikum semua.

Dalam banyak-banyak makanan, puding karamel la yang kerap i buat sebab senang sangat nak buat dia pastu kalau bawa pegi jamuan ke apa mesti laku keras. 😂  Lama dah tak buat puding karamel ni actually. Teringat pulak nak buat tapi kita share la dulu resipi yang confirm jadi ni. 

Bahan-bahan:

6 biji telur ayam. Kalau gred A, kurangkan 5 biji pun ok.

500 mL fresh milk

5 1/2 sudu besar gula (untuk puding)

Sedikit esen vanila

10 sudu besar gula (untuk buat karamel)

Cara-caranya:

1. Masak 10 sudu gula atas api sampai perang. Kalau gula dah cair dan semua bertukar warna perang sikit-sikit tu tutup api. Jangan sampai hangit tau. Nanti pahit. I memang tak pakai air untuk masak gula ni. Ok je cara ni haha. 

Kalau i, i terus masukkan dalam pan yang nak letak puding tu, senang nanti terus karamel tu keras, kita tuang je adunan tu atas karamel dalam pan yang sama.

2. Campurkan telur, fresh milk, gula, dan esen vanila dalam satu bekas dan pukul berlahan-lahan. Kalau dah semua sebati elok, tuang adunan ni dalam pan yang ada karamel tadi. Tapis adunan tu tau waktu tuang tu sebab nanti ada sisa telur tu jadi tak cantik. 

3. Bakar adunan pakai double boiled. Double boiled ni, cara dia u letak pan tu dalam satu lagi bekas yang ada air. Bakar sekali dalam tu. Sebab tak nak bawah dia hangit dan boleh la karamel tu cair elok. Suhu 180 degree celcius, selama 1 jam. Api bawah sahaja. Suhu tu kena ikut oven masing-masing tau. 

4. Bila dah masak, boleh angkat, dan sejukkan. Baru la kikis tepi-tepi pan tu sampai puding tu boleh gegerak dalam pan tu maksudnya u dah boleh terbalikkan dalam pinggan. 

5. Masukkan dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidang! Sedap ooo makan sesejuk.

Selamat mencuba! Bye!

You May Also Like

0 comments