Assalamualaikum..
Okay post kali ni agak panjang sikit la sebab nak cerita pasal pengalaman kami beli rumah pertama. Cerita ni berlaku tahun 2019. Seriously mula-mula tu bukan nak cari dan beli rumah pun, nak dijadikan cerita, saya dengan Ajis (suami) keluar ke Warta dekat Bangi tu. Nak cari pampers ja mulanya tu. Tiba-tiba si ajis ni tersinggah dekat satu booth pemaju perumahan ni. MIKA Development atau Salak City Development punya booth. Dia terberhenti tu bukan sebab apa, dia nampak projek tu dekat area Salak Tinggi, Sepang. Bila tengok, oh 30 minit je dari Bangi dan 10 minit je ke KLIA. Ajis cakap waktu tu, eh ni macam okay je rumah ni sebab senang nak balik Bangi dan nak balik Langkawi. Yela, saya kan orang Pulau Langkawi. Bahaha.
Pastu balik rumah terus fikir dan call abah mama saya waktu tu. Tanya pendapat dorang la okay ke nak beli rumah situ sebab kami memang nak stay Selangor kan. Dorang cakap okay jela kan sebab rumah yang berkenan tu Semi-D. Then bincang-bincang terus bayar duit booking rm1000 waktu tu. Perghhh drastik keputusan terus booking. Padahal nak beli pampers je kan? Terbeli rumah. HAHAHAHA.
So benda yang kami buat:
1. Survey rumah area mana nak duduk. Korang kena pilih bebetul tau sebab area nak pilih tu mesti la kurang jem, dekat dengan sekolah, dekat dengan masjid, senang nak akses ke bandar, dekat dengan tempat kerja dan macam-macam lagi la ikut kriteria tempat korang nak pilih.
2. Bayar booking fees. Ini ikut la atas pemaju dan jenis rumah korang dia nak korang bayar berapa RM. Macam kami, 1k dia mintak. Booking fees ni akan di refund balik nanti bila rumah dah siap. Make sure korang mintak tau! Sebab boleh buat bayar duit elektrik dan air nanti pakai duit ni.
3. Untuk urusan loan, since kami ni pekerja tetap KKM, maka kami pakai loan LPPSA. Nanti akan ada agen yang pemaju pilih untuk urusan LPPSA ni. Korang cuma kena sediakan dokumen yang dia minta sahaja. Lepas tu ada la kena minta surat pengesahan dari majikan semua.
4. Bila dah lulus LPPSA, korang kena sign S&P dengan peguam yang dilantik. Kena baca bebetul sebenarnya perjanjian S&P ni. Tapinya mak datok! Punya panjang dan tebal! Memang waktu korang nak sign tu tak sempat pun nak baca. By right mesti kena baca sebab dalam tu la perjanjian korang dengan pemaju yang tak leh nak ubah dah once dah sign setuju.
5. Proses seterusnya korang tunggu je saaaaampai rumah korang siap! Haha. Macam kami ni gila babun lama tunggu rumah siap dari 2019 sampai bulan Mei 2022 baru dapat kunci wei! Bapak lama hahaha. Semua sebab PKP covid ni haaa.
6. Bila rumah dah siap, korang akan dipanggil untuk penyerahan milikan kosong. Dapat kunci lah kata senangnya. Waktu dapat kunci ni kami diiringi oleh seorang wakil dari pihak pemaju untuk check beberapa item yang sepatutnya ada dekat rumah mengikut S&P. Contoh macam pintu tandas ada 5, paip ada 5, pagar besi, dan macam-macam lagi lah. Waktu tu korang kena check dengan dia sama-sama. Kalau tak cukup, dorang akan cukupkan dan sekali dah sign dua pihak, takleh claim dah lepas ni.
7. Lepas dapat kunci, korang kena check defect rumah ada ke tak. Mostly rumah baru akan ada defect lah kan tak mungkin perfect. Kalau pandai, boleh check sendiri tapi macam kami ni, tak pandai beb. Kami upah house inspector untuk check defect. Korang boleh survey dekat social media ada banyak syarikat inspection. Range harga dari RM380-RM1200 yang saya survey tu. Tapi mostly sama ja apa yang depa cover.
8. Submit report defect kepada pemaju dan tunggu pemaju betulkan rumah korang. Korang jangan excited sangat terus renovate rumah pulak. Siap betulkan defect dulu baru nak renovate ke apa tau! Kalau tak pemaju takkan kasi claim dengan dorang kalau ada apa-apa keretakkan ke contohnya yang berlaku dekat rumah korang. Sebab duit loan yang korang bayar tu ada percentage yang ditinggalkan untuk pemaju baiki kerosakan dekat rumah korang.
9. Ada sesetengah pemaju akan mintak korang bayar certain amount kepada dorang contoh maintenance fees sebelum PBT ambik alih kerja tu. Dorang akan minta waktu nak ambil kunci. Ada pemaju terus masukkan amount duit tu dalam loan korang. Ada yang tak. So macam kami ni kena bayar dalam RM1.7 jugak la pada pemaju untuk fees ni. Amount ni selama 18 bulan sebelum pihak PBT ambik alih. Kalau PBT ambil awal, maka duit lebihan akan dipulangkan. Benda ni lain pemaju lain la cara. Tapi benda ni ada dalam S&P korang tu. Sebab tu penting baca S&P.
10. Okay last step ialah bila korang masuk rumah, korang sila la sertu dulu rumah korang tu. Basuh dengan air tanah. Sebab pekerja indonesia la bangla semua tu dorang berak kencing merata dalam tandas korang seriously rumah kami jadi macam ni weh! Siot! Suruh pemaju bertanggungjawab tau korang! Lepas tu pekerja bawak anjing la apa la masuk tidur rumah korang tu. Ni saya baca dari IG sorang kontraktor ni yang bagi tips ni. Orang selalu terlepas pandang.
11. Lepas tu boleh la buat bacaan Yassin dan masuk dengan bismillah. Agichuuuu. Hahah. Nak renovate, boleh renovate dah waktu ni.
Harap membantu korang untuk dapat idea apa nak buat kalau pertama kali beli rumah. Just a simple post je ni. Tak ada la detail mana. Cuma nak bagi idea sahaja. Harap entri ni membantu korang!
Selamat membeli rumah!
Ok bye!




